Wednesday 14 September 2011

I still love you


Waktu tu kita sama2 tingkatan 1. Masa tu saya suka gitu2 je, sebab awak comel, :P Makin lama, saya makin suka kat awak, bukan semata2 kerana awk comel, tapi awak baik dan pandai dalam kelas.
Bila makin remaja, awak semakin cantik dan paling x best bila semakin ramai lelaki jatuh hati kat awak, sampai ada yang hantar surat cinta kat awak. Saya masih ingat surat yg awak buka tu penuh dengan bedak wangi lalu jatuh berterabur atas kain awak. Lelaki mana la tu, hidup zaman P. Ramlee ke siap letak bedak kat surat cinta? Muka awak masam mencuka, tapi saya senyum je tengok awak, sebab bila awak marah, awak nampak bertambah2 comel, :P
Saya masih ingat lagi masa pergi beraya umah awak, awak malu2 kucing bila nampak saya. Awak nak letak kuih raya atas meja, tapi awak jadi menggelabah sampaikan terletak dulang kuih atas gelas air oren. Abis tumpah.. Muka awak makin merah, cian kat awak. Saya nak tolong, tapi x jumpa tisu atau kain yg boleh guna untuk lap meja. Minta maaf ye, bukan xnak tolong, ehe.
Awak cakap hobi awak memasak. Mula2 saya macam x percaya, jarang ada gadis yg masih tingkatan 1 pandai memasak. Awak siap bawa bekal makanan kesekolah, semata2 nak buktikan kat saya yg awk terer memasak. Saya masih ingat, masa tu awak bawa nasi putih dengan lauk asam pedas ikan pari dalam tuppaware berbungkuskan beg plastik. Masa tu saya jadi segan, ramai kawan2 kita tengok sambil gelak, yang muka tak puas hati pun ada. Tapi awak senyum je. :)
Sebenarnya masa tu saya still macam x percaya awak yg masak lauk tu, tp bila mak awk sendiri yg bagitau, sy 100% dah percaya, ehe..
Masa semakin pantas berlalu, dan kita pun makin berubah. Awak bahagia dengan cara hidup yg awak pilih, begitu juga saya. Saya tahu semuanya salah saya, dan saya minta maaf atas tindakan kasar saya. Semoga awak sentiasa sihat dibawah lindungan Allah dan bahagia disamping keluarga yg tercinta.
Jauh disudut hati saya, saya masih sayang dan cintakan awak.

2 comments (+add yours?)

  • Libragurlz

    15 September 2011 at 03:45

    so sweet! ^^
    but then.. dont show so much of your love to someone u love.. bcoz it creates a non curable pain when they start to avoiding u.. it just an advice.. jgn ambil hati ye..:D

    Wafie Afiqzudin

    15 September 2011 at 05:36

    Tengs yep libragurlz. No heart feeling at all, im just sharing my past sweet memories :)

  • Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...