Friday 23 September 2011

RIP Jamey Rodemeyer





Salam. Seorang budak lelaki membunuh diri kerana menghadapi tekanan dibuli oleh rakan-rakan di sekolahnya kerana beliau seorang gay. Jamey Rodemeyer yang baru berumur 14 tahun dari Buffalo New York, dikatakan tidak tahan dengan tekanan yang dihadapi.

Beliau yang menjadikan Lady Gaga sebagai idolanya telah menyatakan luahan perasaan tentang nasib diri yang sentiasa dijadikan bahan ejekan dan buli di dalam blog Thumblr dan Formspring miliknya. Tetapi luahan dan pertolongan yang dipinta dibalas dengan maki hamun dan ejekan yang tidak berkesudahan. Antara satu ayat yang menjadi perhatian ialah: 'JAMIE IS STUPID, GAY, FAT ANND UGLY. HE MUST DIE!' Pada 9 September, Jamie membuat satu post di account Thumblr: 'I always say how bullied I am, but no one listens. What do I have to do so people will listen to me?' Sebelum kematiannya, Jamey juga pernah menyatakan yang beliau teringin untuk berjumpa dengan arwah neneknya yang telah meninggal baru-baru ini. Jamey juga meninggalkan status update terakhir di Facebooknya yang diambil dari lirik lagu Lady Gaga: The Queen iaitu: 'Don't forget me when I come crying to heaven's door.'

Menurut ibunya, Jamey seorang anak yang baik dan sentiasa mendahulukan orang lain dari dirinya sendiri.

For me, gay atau tidak bukan persoalan, pokok pangkalnya how do we react with this kind of people? Adakah kutukan dan hinaan merupakan jalan penyelesaian yang mampu membimbing mereka ini kejalan yang benar? Saya x menyokong golongan ini, tetapi nilai kemanusiaan dalam diri yang menebal menjadikan saya agak moody dengan kes ini. Setelah kematian Jamey, adakah para pengutuk itu berpuas hati atas hinaan yang diberikan sewaktu hidupnya? I've read from a couple of articles that this son of a bitches bullies akan ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah serta akan menerima hukuman yang setimpal. That should deserve u right, suckers!

Rest in peace Jamie.

0 comments (+add yours?)

  • Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...