Friday 16 September 2011

Friday prayer

Salam. Tengah hari tadi saya follow my sis pergi shopping kat KLCC. Today dia off sampai next week. I hate waiting, especially terpaksa menunggu lama dia nak pilih-pilih barang, perempuan la katakan, ehe. So saya meluangkan masa yang ada dengan menaip blog untuk title biskut choc chips tu.

Dalam pukul 1 lebih gitu saya sms kakak nak pegi solat jumaat kat masjid sebelah KLCC tu, ape tah nama masjid tu, x ingat. That was my 3rd time solat kat situ, before this pegi dengan ayah.

Nak dijadikan cerita, sedang saya dengar khutbah dengan penuh khusyuk sampai tertunduk-tunduk tu, saya terdengar ada seorang perempuan menjerit-jerit macam tengah marahkan seseorang. Saya pun terfikir, xkan ada orang perempuan kat masjid time camni? Bila saya tengok rupanya memang betul, ada sorang makcik arab ni dengan anaknya 2 orang kat belakang. Saya terdengar yang makcik ni nak join solat sekali, tapi ada pakcik guard ni x bagi masuk dalam masjid sebab semuanya lelaki. Selepas agak lama dia membebel disitu, maka pakcik guard tadi pun beredar sambil makcik arab ni stay berdiri kat situ. X lama pastu pakcik guard tadi pun datang semula dwngan membawa sesuatu seperti almari kain bewarna putih. Saya pun terfikir, xkan pakcik guard tu nak suruh makcik tu solat dalam almari kain tu kot? :P

Lepas tu pakcik guard bawa makcik arab tu kat satu sudut dibelakang saf lelaki, kemudian pakcik tadi pun buka la benda yg saya sangkakan almari kain tu. Rupanya partition kain putih yg cukup2 untuk memisahkan saf lelaki dengan makcik arab sorang tu. Manakala anak comelnya yg lagi 2 orang tu duduk bersila dibelakang ibunya.

Saya pun terfikir, mungkin masyarakat arab kat sana solat jemaah lelaki dan perempuan sama macam solat fardhu yg lain. Mungkin cuma kita kat Malaysia ni je yg dah biasa, asalkan solat jumaat je mesti kaum lelaki je. Dalam hukum itu sendiri pun ada menyatakan yg kaum wanita boleh solat jumaat sekali, tapi x digalakkan. Boleh jatuh hukum makhruh jika perempuan itu boleh mendatangkan syahwat pada kaum lelaki. Nanti xleh concentrate lak kan? Ehe. So better kaum perempuan ni solat zuhur kat umah je la, senang. Orang Malaysia mazhab syafie, manakala arab ni macam2 mazhab ada. So, pada diorang x heran kalau orang perempuan solat jumaat sekali. Kalau ikutkan, macam2 stail ada, masa amik air sembahyang pun ada pak arab pakai stokin. Dia cuma ratakan air kat telapak kaki dia yg berstokin tu. Ada juga yang sembahyang berdiri tegak, tangan lurus kebawah, kepala kejap tengok atas, kiri kanan macam tengah bersantai, sampaikan saya kat belakang dia pun jadi x concentrate, :P

Kalau kat Makkah mesti lagi macam2 stail ada, ehe.

Published with Blogger-droid v1.7.4

0 comments (+add yours?)

  • Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...