Tuesday 20 September 2011

Model kereta termahal di dunia!



















Salam. Korang rasa apakah toys ataupun set model yang termahal di dunia? Mungkin pada pendapat korang yang paling mahal pun dalam RM500 ke RM1000. Tapi jangan tak percaya, seorang engineer warga Germany bernama Robert Gulpen yang mempunyai kepakaran dalam membina model kereta dari bahan-bahan yang mahal telah menghabiskan masa selama 500 jam untuk membuat model kereta Lamborghini Aventador LP 700-4 yang bersaiz skala nisbah 1:8 dengan kereta sebenar. Bahan untuk membuat model kereta ini sahaja menelan belanja sebanyak RM8.4 juta.
Antara aksesori yang digunakan seperti batu permata dan emas. Manakala badan model kereta ini dibuat menggunakan carbon fiber diselaputi bebenang emas tulen. Rim kereta dan aksesori dalaman diperbuat dari emas dan platinum. Ianya sekaligus menjadikan model kereta yang termahal didunia yang akan dilelong dengan harga permulaan 3.5 million euros / RM14.9 juta di Sotheby's (pusat lelongan barang-barang mewah berpusat di United Kingdom).

0 comments (+add yours?)

  • Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...