Monday 19 September 2011

AIM 18 - Ramai artis tak puas hati























Salam. Anugerah Industri Muzik kali ke 18 yang bakal berlangsung di stadium Bukit Jalil pada 12 November ini menimbulkan rasa tidak puas hati bagi kebanyakan artis tempatan kerana syarat kelayakan yang dikenakan oleh Recording Industry Association of Malaysia (RIM) agak kurang jelas.

Antara faktor utama yang menjadi sebab ialah soal artis luar negara yang membuat rakaman dalam Malaysia layak menyertai pertandingan, tetapi artis tempatan yang membuat rakaman diluar negara tidak boleh. Antara artis yang menerima nasib yang sama adalah seperti Siti Nurhaliza, Yuna dan Zee Avi.

Ape kes ni weh? Dah la artis zaman sekarang ni susah nak cari makan, amat seksa nak buat album, bila ada album belum tentu boleh jual. Sepatutnya pertubuhan besar macam RIM tu bela nasib artis kita, bukannya menambahkan beban mereka. Hei, pelik-pelik..

0 comments (+add yours?)

  • Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...