Saturday, 8 October 2011

iPhone 4S

Salam. Dalam banyak-banyak articles yang saya belek kat internet tentang new iPhone ni, ada la 2-3 articles yang saya nampak ada sikit kena mengena dengan this latest iPhone 4S. Memang sangat superb. The details of this product agak banyak untuk ditulis. Kalau rajin baca je kat sini: iPhone 4S


Kalau dah malas sangat nak baca, tengok je la video ni. Tapi ini cuma salah satu dari kebolehan baru dalam siri iPhone 4S ni. Selebihnya boleh search sendiri kat Youtube.

RIP Steve Jobs (1955-2011)

Salam. As you all know, taikun Apple (Mac, iPod, iPhone, iPad, iTunes) dah say bye-bye pada dunia yang fana ini. I just want to say thank you so much for what you did for the world of technologies. Tanpa uncle Steve sape la kami, wuhuhu.. By the way, rest in peace uncle Steve.





















Sumber: Apple

Antara gambar-gambar lawak hari ini

Hahaha!!



Yahoo! answers yang lawak























Parkour ramai-ramai sambil kejar bola

Gila punya kerja.


Monday, 3 October 2011

Letih

  • saya dah letih nak bergaduh. Sekejap je baik, then gaduh balik sampai bila x sudah
  • saya dah letih setiap kali orang pandang saya macam nak telan
  • saya dah letih dipuji melangit, tapi hakikatnya saya tak seberapa
  • saya dah letih dengan phone call yang saya taktau entah dari sape-sape
  • saya dah letih hidup tanpa abah & mama kat rumah
  • saya dah letih makan sorang-sorang
  • saya dah letih, letih sangat-sangat
:(

Wednesday, 28 September 2011

Adegan tolak budak

Wahaha! Wish i'm the one who done that! Dipercayai wanita cool yang berbaju hijau itu ialah model ternama, Kate Moss. At the end of the picture, Kate Moss kantoi dengan parent budak lelaki tu, bwahaha!!


Dari normal jadi cantik

Salam. Here is why i love photoshop. Huuu..




Best funny pictures

Haha..


Artis Hollywood - Semasa mengandung dan selepas bersalin

Salam. Ni lebih kurang artis Malaysia la, contoh terbaik macam Ziana Zain & Erra Fazira. Dey all macam anak dara you, even dah beranak pinak. Hmm.. my dream lady, ehe :P


Tuesday, 27 September 2011

iPhone 5























Salam. Sekarang tengah hot cerita tentang bila release date of the iPhone 5 and how does it look like? So far, dari apa yang saya dengar dan baca melalui internet, berkemungkinan besar akan diperkenalkan kepada masyarakat umum pada 4 atau 5 Oktober 2011. Manakala rupa bentuk iPhone 5 dan iOS-nya kali ini dikeluarkan dalam 3 variasi pilihan. Pertama, ia memiliki kesemua ciri-ciri asas iPhone seperti yang tertera dibawah. Kedua, ia memiliki qwerty sliding keyboard, dan yang ketiga mini iPhone 5 yang lebih kecil, iOS kurang detail dan harga juga lebih murah.

Spesifikasi iPhone 5:
  • Tampak lebih nipis, probably 9mm thickness
  • Face Time 3G dan 4G
  • Sms /email tone boleh ubah
  • OLED (Organic light-emitting diode) screen
  • Kalis calar
  • Wireless sync with iTunes
  • Memori 32gb & 64gb
  • Teknologi NFC - iPhone 5 kali ini akan memiliki teknologi NFC iaitu Google flagship seperti yang terdapat di Android OS
  • Facial recognition - iPhone 5 mampunyai ciri baru dengan kebolehan mengecam wajah pemilik iPhone sebelum ianya boleh di unlocked
  • Build-in antena lebih sensetif untuk menangkap coverage
  • Mempunyai kamera megapixel yang tinggi serta boleh merakam video dalam full HD (jangkaan dalam 720p). Juga dilengkapi sensor Omnivision OV8820
  • Jangka hayat bateri yang lebih panjang - 14 jam jika on 3G dan 7 jam jika 4G
  • Skrin 3.7 ke 4 inci lebar
  • Processor 1.2 GHz Dual Core
Harga bagi iPhone 5 di Malaysia dijangkakan lebih kurang sama seperti awal-awal pengenalan iPhone, 2, 3G, 3GS dan 4 iaitu RM2K++. Nantikan package dari telco besar macam Maxis, Digi & Celcom akan datang.

Monday, 26 September 2011

Skating dengan shopping cart

Salam. Korang pernah tak tengok bangla tolak shopping cart yang disusun panjang berjela kat shopping complex? Kadang-kadang tu sampai terlanggar customer yang lalu lalang, pastu buat muka kering je. Memang hampeh diorang ni.


In this video, bukan dia yang tolak shopping cart. Tapi shopping cart tu yang tolak dia. Still sama jugak, muka kering. Hahaha..

iNecklace

Salam. Saya memang fanboy of necklace yg 'halal' serta i-products (Apple). Just now saya terjumpa this rantai while goggling, its iNecklace, gabungan dari my favorite gadgets. For me ianya nampak cool, tapi segan la nak pakai kat public, dont know why, something is not right with the necklace.


Ianya diperbuat dari 6 jenis siri aluminium, loketnya berbentuk seperti computer start button bersaiz 18" dan didalamnya mempunyai lampu LED yang berkelip. Setiap necklace ini didatangkan dalam sekotak kain baldu dan 2 bateri CR1220 sebagai backup jika bateri weak.























Sunday, 25 September 2011

Advertising yang superb!

Salam. Hari ini saya pilih beberapa advertising yang bermotifkan bantuan kemanusian dari luar negara yang menarik untuk tatapan semua.


A campaign for homeless people by Saatchi & Saatchi


Bangunan aneh dan unik seluruh dunia

Salam. KLCC unik, KL Tower pun unik. Tapi takleh challenge this list of most weird and unique building yang diambil dari seluruh dunia. Saksikan sendiri.

The Crooked House (Sopot, Poland)



Saturday, 24 September 2011

Real life Barbie Doll



Salam. Adik-adik suka Barbie dolls bukan? But this one cannot be played by little girls, lelaki je boleh tau.

Model dari Russia ini dikatakan cuba sedaya upaya untuk mempunyai rupa paras dan tubuh seperti Barbie doll. But just look at what she become now, she's more 'cuter' than the doll, for sure.. she is.. oh my..

Rumah baru Naomi Campbell berupa mata manusia



Salam. Naomi Campbell merupakan seorang model terkenal seluruh dunia yang ber-boyfriend-kan seorang billionaire bernama Vladislav Doronin, telah menghadiahkan sebuah kediaman sebagai rumah rehat atau tempat penginapan di sebuah pulau di Isla Playa de Clopatra, Turkey. Kediaman yang berbentuk seperti sebiji mata manusia dari pemandangan atas diilhamkan dari 'eye of Horus' iaitu an ancient egyptian symbol of protection.

Rekabentuk uniknya yang mempunyai 25 bilik, 5 lounges dan landskap taman dalam rumah.

Untung la Naomi dapat boyfriend kaya gilos. Nanti boring duduk kat bumi, bleh la request kat boyfriend nak pindah planet Nameck pulak.

Friday, 23 September 2011

Artis lukisan berbentuk 3D - Fredo

Salam. What were you doing when you were 17? Mungkin berdiri dihadapan cermin 24jam sehari sambil membelek jerawat dimuka? Bermain PS3 / Xbox sampai tak ingat dunia? Atau mengadap buku pelajaran sebab takut SPM dah nak tiba? Itu merupakan rutin seharian kebanyakan remaja zaman IT. Kalau zaman dulu, boring-boring keluar rumah lepak kat shopping complex, atau yang duduk kat kampung, bersuka ria pergi kebun tok mudim mencuri mangga.


But not with this kid, he's 17 and he's an artist who show his talent by drawings. Not just drawings, but a 3D kind of drawing yang kebiasaannya dilukis di atas jalan atau kaki lima by street artist yang kebanyakannya boleh didapati di luar negara. Wladimir Inostroza berasal dari Chile, Santiago. Beliau menggunakan nama samaran Fredo as his brand mark to published his arts to public.


















Justin Bieber, Selena Gomes with their Babies?!
























Nahh.. just kidding guys :P

Well actually gambar ni diambil dari Instagram milik Justin Bieber dengan menamakannya "Brangelina 2.0 hahahahahaha".. ... ...... yeah.. ok, whatever dude, lawak la sangat. Korang faham kan why they name it Brangelina 2.0? Its was Brat Pitt + Angelina Jolie = Brangelina. With this picture, they called themselves the 2.0 version of Brangelina. Hmm.. ok, whatever..

See, they both stuffed with a multicolored babies with a stroller behind them. Mungkin pada ketika itu mereka sedang pergi beriadah di taman, and suddenly Justin buat gila by asking a favor to those makcik-makcik kat taman to lend them their babies for a snap shot. Also, maybe they were planning on adopting a babies pelbagai warna dan keturunan macam Brangelina jugak bila mereka dah agak matang? Who knows, lol..

Anyway, this picture looks cute isnt it? :)

RIP Jamey Rodemeyer





Salam. Seorang budak lelaki membunuh diri kerana menghadapi tekanan dibuli oleh rakan-rakan di sekolahnya kerana beliau seorang gay. Jamey Rodemeyer yang baru berumur 14 tahun dari Buffalo New York, dikatakan tidak tahan dengan tekanan yang dihadapi.

Beliau yang menjadikan Lady Gaga sebagai idolanya telah menyatakan luahan perasaan tentang nasib diri yang sentiasa dijadikan bahan ejekan dan buli di dalam blog Thumblr dan Formspring miliknya. Tetapi luahan dan pertolongan yang dipinta dibalas dengan maki hamun dan ejekan yang tidak berkesudahan. Antara satu ayat yang menjadi perhatian ialah: 'JAMIE IS STUPID, GAY, FAT ANND UGLY. HE MUST DIE!' Pada 9 September, Jamie membuat satu post di account Thumblr: 'I always say how bullied I am, but no one listens. What do I have to do so people will listen to me?' Sebelum kematiannya, Jamey juga pernah menyatakan yang beliau teringin untuk berjumpa dengan arwah neneknya yang telah meninggal baru-baru ini. Jamey juga meninggalkan status update terakhir di Facebooknya yang diambil dari lirik lagu Lady Gaga: The Queen iaitu: 'Don't forget me when I come crying to heaven's door.'

Menurut ibunya, Jamey seorang anak yang baik dan sentiasa mendahulukan orang lain dari dirinya sendiri.

For me, gay atau tidak bukan persoalan, pokok pangkalnya how do we react with this kind of people? Adakah kutukan dan hinaan merupakan jalan penyelesaian yang mampu membimbing mereka ini kejalan yang benar? Saya x menyokong golongan ini, tetapi nilai kemanusiaan dalam diri yang menebal menjadikan saya agak moody dengan kes ini. Setelah kematian Jamey, adakah para pengutuk itu berpuas hati atas hinaan yang diberikan sewaktu hidupnya? I've read from a couple of articles that this son of a bitches bullies akan ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah serta akan menerima hukuman yang setimpal. That should deserve u right, suckers!

Rest in peace Jamie.

Thursday, 22 September 2011

Pemburu laut dalam tanpa menggunakan oksigen

Salam. Lelaki ini memang stylo. Beliau memburu ikan laut dalam dengan hanya menggunakan senapang getah dengan berseluar dalam sahaja.

Cara manusia menjinakkan gajah circus

Salam. Korang minat circus? Dulu-dulu kat tv biasa ke udara time raya. Saya sendiri pun pernah gak tengok kat Genting Highland, masa tu kecik lagi, Royal London Circus datang kat Malaysia dengan harga tiket yang boleh tahan lagi masa tu, sekarang ni taktau la, mungkin beratus ringgit per entry.

Binatang yang mereka pamerkan semasa show sangatlah jinak. Macam mana diorang ni train makhluk-makhluk tu sampai pandai dengar kata ye? Saksikanlah sendiri gambar-gambar dibawah.



Superhero fetus

Salam. Korang mesti dah biasa tengok superhero macam superman, spiderman, batman dan sebagainya di kaca tv ataupun real life costume, kan? Semuanya nampak kacak bergaya dan memiliki body yang berketul-ketul. Pernah x tengok versi mereka yang belum lahir, yakni didalam perut (fetus)?





Wednesday, 21 September 2011

Gambar pra-perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza

Saksikan gambar-gambar pra-perkahwinan bakal pengantin ini. Shooting kat FRIM KL. Majlis pernikahan mereka pula bakal berlangsung pada hujung minggu ini di kediaman Memey di Kota Tinggi, Johor.



Isu Fida tayang rambut - sambungan



Salam. Korang ingat lagi x isu Fida tanpa tudung di pos saya yang lepas? Haa, kali ni Mamat Sepah dah mengaku yang dia dah melakukan satu kesilapan.

Kebetulan pada ketika gambar itu diambil, mereka berdua bersama ahli keluarga serta sahabat handai mereka sedang pergi bercuti.

Menurut Mamat, gambar itu diambil secara spontan dan beliau tidak sedikit pun bermaksud untuk mengaibkan Fida. Kemudian, tanpa berfikir panjang, gambar tersebut diuploadkan kedalam Facebook milik beliau tanpa menjangkakan keadaan yang bakal terjadi.

Binatang Comel

Ape perasaan korang bila tengok gambar-gambar kat bawah ni? Sesungguhnya mereka ialah makhluk ciptaan Allah SWT yang begitu kompleks sehinggakan setiap apa yang kita lihat dengan mata kepala kita tidak dapat ditafsirkan dengan kata-kata. Begitulah hebatnya ciptaan Allah yang mencipta langit dan bumi serta segala isi-isi alamnya. Wallahualam.

















Tuesday, 20 September 2011

Model kereta termahal di dunia!



















Salam. Korang rasa apakah toys ataupun set model yang termahal di dunia? Mungkin pada pendapat korang yang paling mahal pun dalam RM500 ke RM1000. Tapi jangan tak percaya, seorang engineer warga Germany bernama Robert Gulpen yang mempunyai kepakaran dalam membina model kereta dari bahan-bahan yang mahal telah menghabiskan masa selama 500 jam untuk membuat model kereta Lamborghini Aventador LP 700-4 yang bersaiz skala nisbah 1:8 dengan kereta sebenar. Bahan untuk membuat model kereta ini sahaja menelan belanja sebanyak RM8.4 juta.

Fida dah hilang tudung

Fida yang ku kenali amatlah sopan, lemah lembut dan berbudi bahasa. Tapi cuma kenal dalam tv je la, ehe.

Anyway, this is the latest picture of Fida tengah berposing manja dalam kereta tanpa tudung. Dipercayai tukang amik gambar ni boyfriend dia, si Mamat Sepah tu.

Whatever the reason is, Fida dah sememangnya terkenal dengan imej pemakaian tudungnya. Tapi bila jadi macam ni, hmm.. Malas la nak cakap, huhu..

Voucher RM 5000 - Menangi Peraduan Celcom Talk-a-thon!











Salam. Saya baru je terjumpa entry tentang peraduan Celcom Talk-a-thon ni. Bermula dari 15 Ogos hingga 30 November 2011, setiap hari pihak Colcom akan memberikan voucher bernilai RM 5000 kepada setiap pemenang yang menyertai pertandingan ini. Voucher ini boleh digunakan di banyak tempat yang biasa orang pergi, contohnya seperti di Giant, Econsave, Parkson, Cold Storage, Ikea, Guardian dan banyak lagi.

Penyertaan terbuka kepada semua pengguna Celcom. Syarat kelayakan, make sure korang membuat panggilan telefon lebih 3 kali dari bulan Julai. Contohnya pada bulan Julai, saya call kawan-kawan saya sebanyak 3 kali. Kemudian saya kena call 6 kali untuk bulan ni. As simple as that.

Details boleh tengok kat atas atau layari: Celcom

Suatu pagi dihari raya

Pagi raya orang solat sunat aidilfitri, abang buat apa kat kedai tu bang?

Monday, 19 September 2011

Mak sape la ni?

Macam ni la jadinya bila mak orang yang baru nak belajar belek komputer dan menggodek webcam. Kesian anak dia, tak pasal-pasal jadi famous, hehe..

Published with Blogger-droid v1.7.4

AIM 18 - Ramai artis tak puas hati























Salam. Anugerah Industri Muzik kali ke 18 yang bakal berlangsung di stadium Bukit Jalil pada 12 November ini menimbulkan rasa tidak puas hati bagi kebanyakan artis tempatan kerana syarat kelayakan yang dikenakan oleh Recording Industry Association of Malaysia (RIM) agak kurang jelas.

Antara faktor utama yang menjadi sebab ialah soal artis luar negara yang membuat rakaman dalam Malaysia layak menyertai pertandingan, tetapi artis tempatan yang membuat rakaman diluar negara tidak boleh. Antara artis yang menerima nasib yang sama adalah seperti Siti Nurhaliza, Yuna dan Zee Avi.

Ape kes ni weh? Dah la artis zaman sekarang ni susah nak cari makan, amat seksa nak buat album, bila ada album belum tentu boleh jual. Sepatutnya pertubuhan besar macam RIM tu bela nasib artis kita, bukannya menambahkan beban mereka. Hei, pelik-pelik..

Gambar Lawak

Salam. Dibawah ialah beberapa gambar yang saya dapat dari blog lain yang pada saya agak lawak dan orang yang mengambil gambar ni pun rasanya memang sentiasa alert dengan keadaan sekeliling, hehe.

Sunday, 18 September 2011

Nabil nak kahwin derr (video pra-perkahwinan dengan Zira - dari Raja Lawak Menjadi Raja Sehari)


Nabil & Zira :: save the date from lhmediatv on Vimeo.

Source from: Oh Bulan

50% dari orang Malaysia yang bersorak tak boleh berbahasa Inggeris - Nelly


Demikian lah kata-kata Nelly yang mengatakan orang Malaysia ni tak reti cakap English sebaik selesai konsert Suara Kami di stadium Merdeka Sabtu lepas. Korang x sakit hati ke?

By the way, lepas ada seseorang yang menegur di Twitternya, Nelly akhirnya meminta maaf atas kekasaran beliau. He's not even know that english is our 2nd language in the country, bodoh kan? Tu la penganjur, ajak lagi orang luar yg x beradab masuk negara kita. No manners betul.

Fouziah Ghaus & Ikram Dinzly kemalangan

Salam. Yes for sure, ini bukan main-main. Kemalangan ni bukan saja-saja dibuat dalam movie ok. They both got accident kat Karak highway. By the way diorang tak apa-apa, kereta Satria Neo milik Ikram je yang cedera teruk. Actually diorang on the way to karnival Amal Syawal anjuran NSTP di Bangsar, tapi dah accident, x dapat la nak join the event.

Kes cubaan bunuh diri Marsha

Salam. Seperti yang korang dah sedia maklum tentang kes Marsha Milan Londoh baru-baru ni yang masuk hospital sebab cubaan bunuh diri dengan menelan pil demam dalam jumlah yang banyak. Dengar cerita, dia buat macam tu sebab tention lepas putus cinta dengan someone. Tapi pihak pengurusan Marsha menafikannya dan menyatakan bahawa Marsha ketika itu sedang demam dan overdose makan ubat sehingga pengsan depan parking kereta rumahnya.

Apa-apa pun kita doakan semoga Marsha tabah mengharungi dugaan hidup dan semoga dia perbanyakkan amal supaya terhindar dari perbuatan yang dimurkai Allah SWT, amin..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Twilight Saga: Breaking Dawn (Part 1)

Salam. X sabar rasanya nak menantikan sequal movie Twilight Saga: Breaking Dawn (Part 1). Dijangka akan ditayangkan di Hollywood pada 18 November ini, tapi still belum pasti bila pula tayangan kat Malaysia.

As we all know, Edward Cullen dah berkahwin dengan Bella, for sure incek serigala (Jacob) yang badannya berketul-ketul tu akan jelous punye. Xtau la ape kes diorang ni nanti, huhu..

Published with Blogger-droid v1.7.4

Yusri KRU & Lisa Surihani

Dengar cerita both of them is going to get married, tapi tak confirm bila. Bertuah 'pakcik' Yusry (38) dapat beristerikan 'kakak' Lisa (26). Hopefully perkahwinan Yusry kali ni kekal lama hingga keakhir hayat, x macam perkahwinan pertamanya dengan 'untie' Erra Fazira. Dont know whats the problem, rasanya dulu x sampai 6 bulan kawin dah cerai kan? Pandai2 je buat cerita, ehe :P Lepas ni adik comel Mya Sara dapat la daddy angkat baru. Hari2 la dapat naik keter Ferrari dia, betuah badan, huhu..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, 17 September 2011

Mentor 6 - Takde rupa takpe, asalkan suara sedap

Begitulah ceritanya, mentor 6 yang akan bersiaran di tv3 pada 16 Oktober ini akan melonggarkan syarat kelayakan. Sekarang ni orang kita dah mula buka mata, x semestinya yang x hensem ataupun yang tak cantik itu x boleh jadi artis yang hebat.

Kalau korang rasa boleh menyanyi dan berumur 18 tahun keatas boleh la try uji bakat pada 24 & 25 September dan 1 & 2 Oktober ni di Sri Pentas TV3. Juara akan memenangi RM 50,000, tempat kedua RM 30,000 dan ketiga RM 10,000. Juri tetap kali ini ialah kak Erra Fazira dan tukang celoteh ialah Faizal Ismail.

Kalau saya memang x lepas, sebab x cukup umur dan suara x sedap, ehe.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, 16 September 2011

Friday prayer

Salam. Tengah hari tadi saya follow my sis pergi shopping kat KLCC. Today dia off sampai next week. I hate waiting, especially terpaksa menunggu lama dia nak pilih-pilih barang, perempuan la katakan, ehe. So saya meluangkan masa yang ada dengan menaip blog untuk title biskut choc chips tu.

Dalam pukul 1 lebih gitu saya sms kakak nak pegi solat jumaat kat masjid sebelah KLCC tu, ape tah nama masjid tu, x ingat. That was my 3rd time solat kat situ, before this pegi dengan ayah.

Nak dijadikan cerita, sedang saya dengar khutbah dengan penuh khusyuk sampai tertunduk-tunduk tu, saya terdengar ada seorang perempuan menjerit-jerit macam tengah marahkan seseorang. Saya pun terfikir, xkan ada orang perempuan kat masjid time camni? Bila saya tengok rupanya memang betul, ada sorang makcik arab ni dengan anaknya 2 orang kat belakang. Saya terdengar yang makcik ni nak join solat sekali, tapi ada pakcik guard ni x bagi masuk dalam masjid sebab semuanya lelaki. Selepas agak lama dia membebel disitu, maka pakcik guard tadi pun beredar sambil makcik arab ni stay berdiri kat situ. X lama pastu pakcik guard tadi pun datang semula dwngan membawa sesuatu seperti almari kain bewarna putih. Saya pun terfikir, xkan pakcik guard tu nak suruh makcik tu solat dalam almari kain tu kot? :P

Lepas tu pakcik guard bawa makcik arab tu kat satu sudut dibelakang saf lelaki, kemudian pakcik tadi pun buka la benda yg saya sangkakan almari kain tu. Rupanya partition kain putih yg cukup2 untuk memisahkan saf lelaki dengan makcik arab sorang tu. Manakala anak comelnya yg lagi 2 orang tu duduk bersila dibelakang ibunya.

Saya pun terfikir, mungkin masyarakat arab kat sana solat jemaah lelaki dan perempuan sama macam solat fardhu yg lain. Mungkin cuma kita kat Malaysia ni je yg dah biasa, asalkan solat jumaat je mesti kaum lelaki je. Dalam hukum itu sendiri pun ada menyatakan yg kaum wanita boleh solat jumaat sekali, tapi x digalakkan. Boleh jatuh hukum makhruh jika perempuan itu boleh mendatangkan syahwat pada kaum lelaki. Nanti xleh concentrate lak kan? Ehe. So better kaum perempuan ni solat zuhur kat umah je la, senang. Orang Malaysia mazhab syafie, manakala arab ni macam2 mazhab ada. So, pada diorang x heran kalau orang perempuan solat jumaat sekali. Kalau ikutkan, macam2 stail ada, masa amik air sembahyang pun ada pak arab pakai stokin. Dia cuma ratakan air kat telapak kaki dia yg berstokin tu. Ada juga yang sembahyang berdiri tegak, tangan lurus kebawah, kepala kejap tengok atas, kiri kanan macam tengah bersantai, sampaikan saya kat belakang dia pun jadi x concentrate, :P

Kalau kat Makkah mesti lagi macam2 stail ada, ehe.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, 15 September 2011

Biskut choc chips bertelur lipas?!!

Biskut chips telur lipas?! Eww!! Semalam saya belek newspaper online Harian Metro pasal kes ni. Kesian pakcik tu, dah makan hampir nak habis satu tin biskut baru perasan ada bangkai lipas kat bahagian bawah dalam tin tu. Masa makan, pakcik tu perasan ada chip putih yg disangkakan coklat. Setelah menikmatinya dengan penuh nafsu, baru la pakcik tu terfikir nak check chip coklat warna putih kat biskut coklat tu. Setelah kaji siasat dilakukan, pakcik tu mendapati chip coklat putih itu rupanya telur lipas. Bila dipecahkan maka keluar la anak2 lipas kecik beserta ulat2 halus dari chips telur lipas tersebut. Rasanya entah berapa kali pakcik tu muntah bila dapat tau telur lipas kat biskut tu.

Saya kurang pasti biskut brand apa yg dimaksudkan, tengok rupanya macam chipsmore, mungkin tak kut. Nanti kene saman lak, ehe. Mengikut kata tokey biskut tu, kilang dia sebelum ni x pernah ada masalah kebersihan, mungkin disebabkan tin biskut tu tak tertutup rapat, maka dengan rakusnya lipas tersebut menjadikan tin biskut baru itu sebagai sarangnya, kesian pakcik. Oh ya, kejadian menggelikan ni berlaku sekitar kawasan Klang ye kawan2, maka berhati2lah anda semua. Belek dulu betul2 baru kunyah, xpun jgn beli langsung, huhu..

Published with Blogger-droid v1.7.4

Hari 1 Malaysia

Salam semua. Esok merupakan hari yang diwajibkan bercuti untuk seluruh warga Malaysia. Ye ke? Pandai2 je kan, ehe :P

Saya nak ucapkan selamat bercuti untuk semua, dan salam 1 Malaysia. Dah macam perdana menteri lak rasanya, ehe. Rasanya ada agenda yang saya rasa macam best dekat Dataran Merdeka esok. Tengok kat tv je la, tu pun kalau ada, huhu.

By the way, korang tau x apa yang dimaksudkan dengan 1 Malaysia? Mengikut pemahaman saya yg kurang arif ni, ia merupakan satu slogan yg digunakan oleh PM kita sebagai satu simbolik penyatuan kaum dalam negara kita ni tanpa mengira bangsa, agama, keturunan ataupun warna kulit demi mewujudkan sebuah negara yang harmoni dan mewujudkan semangat kesatuan dan perpaduan dalam negara, ceewaahh.. ehe..

For me, bukan senang kerajaan kita ni nak menyatukan kaum2 yg ada dlm Malaysia ni. Rasanya negara kita ni satu2nya negara yg mempunyai kepelbagaian kaum yg cukup ramai jika nak dibandingkan dengan negara lain. Tapi x dinafikan, kat sekolah pun x lari bab2 racist ni, especially those who have very low grade IQ. Pegi mana2 pun mesti by group yg sama kaum, pastu berlagak samseng, tah pape.

Whatever it is, im proud to be malaysian, and i always be. :)

Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 14 September 2011

I still love you


Waktu tu kita sama2 tingkatan 1. Masa tu saya suka gitu2 je, sebab awak comel, :P Makin lama, saya makin suka kat awak, bukan semata2 kerana awk comel, tapi awak baik dan pandai dalam kelas.
Bila makin remaja, awak semakin cantik dan paling x best bila semakin ramai lelaki jatuh hati kat awak, sampai ada yang hantar surat cinta kat awak. Saya masih ingat surat yg awak buka tu penuh dengan bedak wangi lalu jatuh berterabur atas kain awak. Lelaki mana la tu, hidup zaman P. Ramlee ke siap letak bedak kat surat cinta? Muka awak masam mencuka, tapi saya senyum je tengok awak, sebab bila awak marah, awak nampak bertambah2 comel, :P
Saya masih ingat lagi masa pergi beraya umah awak, awak malu2 kucing bila nampak saya. Awak nak letak kuih raya atas meja, tapi awak jadi menggelabah sampaikan terletak dulang kuih atas gelas air oren. Abis tumpah.. Muka awak makin merah, cian kat awak. Saya nak tolong, tapi x jumpa tisu atau kain yg boleh guna untuk lap meja. Minta maaf ye, bukan xnak tolong, ehe.
Awak cakap hobi awak memasak. Mula2 saya macam x percaya, jarang ada gadis yg masih tingkatan 1 pandai memasak. Awak siap bawa bekal makanan kesekolah, semata2 nak buktikan kat saya yg awk terer memasak. Saya masih ingat, masa tu awak bawa nasi putih dengan lauk asam pedas ikan pari dalam tuppaware berbungkuskan beg plastik. Masa tu saya jadi segan, ramai kawan2 kita tengok sambil gelak, yang muka tak puas hati pun ada. Tapi awak senyum je. :)
Sebenarnya masa tu saya still macam x percaya awak yg masak lauk tu, tp bila mak awk sendiri yg bagitau, sy 100% dah percaya, ehe..
Masa semakin pantas berlalu, dan kita pun makin berubah. Awak bahagia dengan cara hidup yg awak pilih, begitu juga saya. Saya tahu semuanya salah saya, dan saya minta maaf atas tindakan kasar saya. Semoga awak sentiasa sihat dibawah lindungan Allah dan bahagia disamping keluarga yg tercinta.
Jauh disudut hati saya, saya masih sayang dan cintakan awak.

True Love


Sape yang x pernah suka kat seseorang, cuba angkat tangan! Ehehe.. Camne sy nak nampak kalau korang angkat kan. Pernah x korang beriya2 suka kat org tu, tp takut nak bagitau? Atau korang suka dan dah bagitau kat org tu, tp xde respond (ini kes yg memalukan, ehe.)
Pernah x masa korang tengah tangkap nangis sebab rindukan seseorang yg terang2 xkan dapat dimiliki hatinya, hinggakan korang x sedar ada yg menyayangi korang dgn sepenuh hati, sanggup berkorban harta dan nyawa utk korang masa korang dilanda masalah?
Itulah mak n ayah korang. X dinafikan ada segelintir korang yg dah xde parent atau xde salah sorang dari mereka. Korang mesti rindu kan? Lebih2 lagi time raya baru2 ni. Sy cerita tentang hal ni bukan sebab xde parent. Both of them still ada lagi, cuma kadang2 tu rase mcm xde sbb diorang bz dgn kerja, ehe.
Sy cuma teringatkan sorang adik sedara pompuan yg sy jumpe masa balik kampung di jb, umur dia baru 11 tahun. Teringat masa pagi syawal, sy ternampak dia tengah menangis sorang2 kat belakang rumah. Kebetulan sy lalu kat situ, bila dia ternmpak, cepat2 dia lap air mata dia sambil tahan dari menangis. Sy tau kisah idup dia masa kecik2 dulu, kedua parent dia meninggal sebab eksiden. Sy cuba pujuk, tapi makin lama makin banyak air mata dia mengalir wlaupun dia cuba sedaya upaya tahan dari menangis. Dia citer kat sy, dia jeles tengok sedara mara yg lain bersalaman sambil cium pipi dgn parent masing2, tapi dia cuma salam n cium pakcik n makcik sedara je. Dia rindukan arwah keluarga dia, dia cakap klau boleh dia nak gali kubur diorang n masuk sekali join dengan parent dia.
Sy masa tu pun memang dah sebak, air mata pun dah mengalir. Sy bandingkan diri dia dgn sy, betapa bertuahnya sy sebab masih ada keluarga walaupun jarang bersama.
Masa tu sy cuma pujuk dia sedaya yg boleh, sy peluk n cium dahi dia, sy layan dia mcm adik sendiri. Bila dia macam dah ok skit, sy tukar topik, ajak dia pegi raye, kita kumpul duit byk2 sampai kaya nak? Dia gelak, hati sy pun tenang skit, ehe.
So, korang hargailah parent korang selagi mereka masih bernyawa. Diorng marah pun bersebab, bukan saje2. :)

Open house

Salam. Hari ni ramai friends n families buat open house. X sabar nak pegi, nak makan sikit2 je. Tapi tujuan utama nak kutip duit raya tambahan lagi, ehe. Malam tadi pun ada open house, family sebelah mak. X jauh pun, kat Klang je. Petang nanti sampai malam jadual penuh dengan makan dan kutip duit raya.

Intro


Salam n selamat sejahtera to all, ehe :P
Erm.. this is the first time i want to be creative by writing a blog. Sy harap ada la yg sudi berkunjung ke blog wordpress sy yg x seberapa ni, ehe.
By the way, sy terpaksa guna wordpress sebab sy berblogging guna android phone (HTC Desire HD). Jarang guna laptop sebab kerap buat hal lorh. As far as i concern, android application xde blogger punye software, cuma wordpress je :( Tapi xpew la, at least i can write something kan? :P
So for intro, i would like to introduce myself first lah. My name is Wafie Afiqzudin n im 17yo, currently in my SPM year. I live in PJ. My parents have their own business, everyday busy like crazy lorh, ehe. Siblings pulak, cuma sorang kakak je. Bersyukur la juga daripada xdew adik beradik langsung kan? :P She’s a stewardess from MAS. Travel a lot lorh, sangat jarang ada kat umah. So most of the time i live alone kat umah, tp kadang2 sy invite my friend to lepak2, at least x la boring sgt, :)
Actually sy ni jenis yg x suka bermegah2 dgn apa yg sy ada. Kalau org cakap sy hensem, sy bersyukur, tp ada yg lebih hensem dari sy. Kalau org ckp sy kaya, sy pun bersyukur, tp kalau ikutkan, sy mana kaya, harta semuanya parent yg punye, ehe.
My parent used to say to me, bila sy dah besar, they both want to see me make my own money tanpa bergantung pada diorang. How? By study, make it sampai university n score high marks every exams n after that confirm dpt kerja yg best2, gaji pun best2, ehe. So, sy kene la target life sy macam tu, so that sy x ketinggalan.
So i guess thats all folks! Ehe. Nanti bila ada idea, sy membebel lagi k? C ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...